Ads 468x60px


Syarat Kemasukan Prasekolah

1.Bilakah iklan pengambilan murid prasekolah dibuka?
Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 Ogos - 30 September 2014

2.Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati?
Borang permohonan boleh didapati:-
a) Di sekolah-sekolah yang ada Program Pendidikan Prasekolah
b) Muat turun dari laman blog   prasekolahskpengerang.blogspot.com
3.Kemanakah borang permohonan ini hendak dihantar?
Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke sekolah-sekolah
yang tuan dipilih berserta salinan surat beranak murid, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan sijil nikah ibu /bapa /penjaga, salinan surat akuan pengangkatan bagi anak angkat, akuan pendapatan/slip gaji ibu/bapa/penjaga, 3 keping gambar murid berukuran passport (tulis nama di belakang gambar)

4.Berapakah umur layak memohon mengikuti pendidikan Prasekolah KPM?
5 hingga 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk murid yang berumur 6 tahun

5.Apakah kelayakan guru prasekolah?
Sama seperti syarat dan kelayakan permohonan untuk guru-guru opsyen lain

6.Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru prasekolah?
Boleh memohon melalui IPG(prosedur sama seperti permohonan guru biasa)

7.Apakah kelayakan Pembantu Pengurusan Murid?
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mempunyai 5 kepujian termasuk BM

8.Bagaimana cara memohon untuk menjadi PPM prasekolah?
   
Boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP)

A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari            Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis        Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan      Murid Prasekolah.

B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang        terdiri daripada :
       - Guru Besar - Pengerusi
       - GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
       - Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
       - Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
       - Seorang PPM - Pencatat
       - Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)

2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan                  Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.

3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan      Di Dalam Mesyuarat Tersebut.

4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan         Kepada Pemohon.

5 - Semua Keputusan Pemilihan Hendaklah Dihantar Ke PPD Masing-Masing Untuk                      Diperakukan Sebelum Surat Tawaran Dikeluarkan

6 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran              Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.

7 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan          berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.

8 - Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Menolak Permohonan Yang Didapati Menggunakan      Maklumat Palsu.

0 comments:

Post a Comment