Ads 468x60px


Program Jalinan Syawal Prasekolah SK Pengerang bersama PDRM

Pada 30 Ogos 2013, Prasekolah SK Pengerang telah mengadakan Program Jalinan Syawal Prasekolah SK Pengerang bersama PDRM Pengerang. Seramai 48 orang murid Prasekolah diiringi 4 orang guru turut serta dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan juga Tuan Guru Besar SK Pengerang, Puan Zaharah binti Awang turut menyertai program yang dijalankan ini. Program dimulakan dengan alunan Selawat dan Marhaban dari murid-murid Prasekolah yang diketuai oleh En Mohd Razi bin Marikin selaku ketua rombongan dan guru Prasekolah SK Pengerang. Diteruskan dengan ucapan ketua rombongan dan ucapan tuan rumah. Majlis diakhiri dengan jamuan yang telah disediakan oleh pihak PDRM Pengerang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak PDRM dan pihak lain yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semoga program yang dijalankan ini akan diteruskan dari tahun ke tahun. 













Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah Daerah Kota Tinggi 2013

Pada 29 Ogos 2013  Prasekolah SK Pengerang telah menghantar 4 orang murid dalam pertandingan Bijak Prasekolah Bahasa Malaysia yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas, Kota Tinggi.
Tahniah & syabas diucapkan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Walaupun tewas dengan peserta dari sekolah lain, namun semangat dan keberanian yang ada pada mereka yang perlu kita banggakan demi menjaga dan mengharumkan nama baik sekolah. Prasekolah SK Pengerang akan terus berusaha bagi memburu kejayaan di masa akan datang.













Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah Zon Pengerang 2013

Pada 26 Ogos 2013 telah dijalankan Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah Zon Pengerang yang bertempat di SK Tanjung Pengelih & SK Pengerang. Banyak pertandingan yang dianjurkan antaranya, Bijak Prasekolah Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris, Bercerita Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris, Tilawah Muqaddam dan pelbagai lagi. Unit Prasekolah SK Pengerang telah menghantar seramai 6 orang murid dalam pertandingan tersebut. Antara pertandingan yang terlibat ialah Bijak Prasekolah Bahasa Malaysia, Tilawah Muqaddam & Bercerita Bahasa Melayu.
Syukur ke hadrat ilahi kerana pada pertandingan kali ini, Prasekolah SK Pengerang telah mendapat Tempat Pertama/Johan dalam pertandingan Bijak Prasekolah Bahasa Malaysia & Tempat Ketiga dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kejayaan yang dikecapi kali ini. Semoga kecemerlangan yang diperolehi akan terus dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.