1. | Bilakah iklan pengambilan murid prasekolah dibuka? | |
Tarikh permohonan akan dibuka bermula 1 Ogos - 30 September 2014 | ||
2. | Dimanakah borang permohonan tersebut boleh didapati? | |
Borang permohonan boleh didapati:- | ||
a) Di sekolah-sekolah yang ada Program Pendidikan Prasekolah | ||
b) Muat turun dari laman blog prasekolahskpengerang.blogspot.com
| ||
3. | Kemanakah borang permohonan ini hendak dihantar? | |
Borang permohonan yang telah lengkap bolehlah dihantar ke sekolah-sekolah | ||
yang tuan dipilih berserta salinan surat beranak murid, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan sijil nikah ibu /bapa /penjaga, salinan surat akuan pengangkatan bagi anak angkat, akuan pendapatan/slip gaji ibu/bapa/penjaga, 3 keping gambar murid berukuran passport (tulis nama di belakang gambar) | ||
4. | Berapakah umur layak memohon mengikuti pendidikan Prasekolah KPM? | |
5 hingga 6 tahun, tetapi keutamaan adalah untuk murid yang berumur 6 tahun | ||
5. | Apakah kelayakan guru prasekolah? | |
Sama seperti syarat dan kelayakan permohonan untuk guru-guru opsyen lain | ||
6. | Bagaimana cara memohon untuk menjadi guru prasekolah? | |
Boleh memohon melalui IPG(prosedur sama seperti permohonan guru biasa) | ||
7. | Apakah kelayakan Pembantu Pengurusan Murid? | |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mempunyai 5 kepujian termasuk BM | ||
8. | Bagaimana cara memohon untuk menjadi PPM prasekolah? | |
Boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP)
A - SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH
1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
B - PEMILIHAN MURID
1 - Pemilihan murid hendaklah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan murid prasekolah yang terdiri daripada :
- Guru Besar - Pengerusi
- GPK Pentadbiran - Naib Pengerusi
- Seorang Guru Prasekolah - Setiausaha
- Seorang Guru Tahap 1 - Ahli Jawatankuasa
- Seorang Guru Tahap 2 - Ahli Jawatankuasa
- Seorang PPM - Pencatat
- Seorang Wakil Komuniti (Jika Perlu)
2 - Pihak Sekolah Hendaklah Membuat Siaran Permohonan Murid Secara Meluas Dan Menerima Seberapa Banyak Permohonan Sehingga Tarikh Tutup.
3 - Semua Permohonan Hendaklah Diperakui (Berjaya/Tidak) Oleh Jawatankuasa Pemilihan Di Dalam Mesyuarat Tersebut.
4 - Keputusan Semua Permohonan Sama Ada Berjaya Atau Gagal Hendaklah Dimaklumkan Kepada Pemohon.
5 - Semua Keputusan Pemilihan Hendaklah Dihantar Ke PPD Masing-Masing Untuk Diperakukan Sebelum Surat Tawaran Dikeluarkan
6 - Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Tawaran Dan Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan Murid Prasekolah Kepada Ibu Bapa / Penjaga.
7 - Sekiranya Ada Calon Yang Menolak Tawaran Tersebut, Pihak Jawatankuasa Pemilihan berhak Memilih Calon-Calon Simpanan Mengikut Senarai Keutamaan.
8 - Pihak Jawatankuasa Pemilihan Berhak Menolak Permohonan Yang Didapati Menggunakan Maklumat Palsu. |
Syarat Kemasukan Prasekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment